Thursday, June 30, 2011

Debaran Tomok . .

Hey hey Readers !
baik tak ? okey okey . .
entry kali ini mengenai pernikahan Tomok . .
*ala , vokalist New Boys .  .yang kacak kacak "dulu" tu . .
hehehe!
jom baca kisah selanjutnya :






TINGGAL sehari lagi buat Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 27, bagi meneruskan kehidupan sebagai orang bujang sebelum diijab kabul dengan Siti Rahayu Abas, 31, pada Jumaat, jam 8 malam.






Ramai yang tidak sabar menyaksikan detik-detik tangan Tomok ‘digoyang’ tok kadi nanti.

Pernah mencetuskan fenomena di kalangan remaja menerusi kemunculan bersama New Boyz pada awal 2000, Tomok mengakui sudah bersedia menempuh alam baru yang bakal menantinya.



Malah, aktiviti seni juga dihentikan seketika sebaik dia selesai mengadakan persembahan di Jom Heboh di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini bagi proses persiapan terakhir menjelang hari bahagianya.





Bermula 1 Julai, majlis dimulakan dengan khatam Al-Quran di rumah Rahayu

di Taman Keramat dan sebelah malamnya, berlangsung acara akad nikah jam 8 malam

di Dewan Serbaguna, Taman Sri Keramat.



Keesokannya pada Sabtu, majlis kenduri dan persandingan sebelah perempuan akan diadakan di tempat sama dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang.



Pada 6 Julai, majlis kenduri khusus untuk pihak media akan diadakan di Restoran Saloma, Jalan Ampang dan majlis kenduri bagi pihak keluarga Tomok akan berlangsung pada 9 Julai di Desa Damai.



Tomok ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran drama Diari Kampus Biru, baru-baru ini mengambil peluang itu menghulurkan kad jemputan kahwinnya yang direka cantik dalam bentuk kotak baldu berwarna ungu.



Uniknya, bahagian dalam kotak kad kahwin tajaan kadlestari.com ini dihiasi dengan lirik lagu Bagaikan Bidadari serta dihasilkan dengan tiga warna berbeza iaitu dihiasi riben ungu untuk majlis sebelah Rahayu, riben merah untuk majlis bersama media dan riben merah hati untuk majlis sebelah keluarga Tomok.



Kata Tomok, segalanya berada di landasan yang betul dan persiapan banyak dibantu keluarga dan rakan-rakan. Tomok terharu kerana ramai yang mahu menolong menjayakan perkahwinannya.



Dia juga yakin dengan keputusannya melangkah alam perkahwinan dan hidup bersama Rahayu yang juga pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) kerana sudah saling mengenali sejak lapan tahun lalu.



Justeru, mereka merasakan inilah masa yang sesuai untuk bergelar suami isteri dan menghadapi segala cabaran berdua.



“Memang dengan kehidupan sebagai anak seni, tanggungjawab saya besar sebagai ketua keluarga. Namun saya yakin rezeki untuk kami akan ada.



“Saya jujur dan yakin dengan apa yang dilakukan dan percaya akan beroleh imbuhan daripada Allah. Tak dinafikan saya agak boros berbelanja, tapi apabila berkeluarga nanti saya kena hidup berjimat cermat.



“Majlis saya nanti juga akan turut mengundang anggota New Boyz untuk sama-sama memeriahkannya. Saya juga merakam perasaan terharu dengan sokongan peminat terhadap karier saya selama ini. Saya tahu mereka menyokong impian saya untuk kahwin kerana sampai bila saya nak hidup membujang.



“Mereka juga membesar bersama saya dan mungkin ada yang sudah berkahwin. Tak dinafikan mungkin ada sebilangan peminat setia saya akan hadir ke majlis yang diadakan.



“Saya tak halang mereka dan menyambut terbuka jika mereka mahu berbuat demikian. Cuma mereka kena memahami situasi yang berlaku jika ada sebarang kesulitan nanti,” jelasnya yang akan muncul menerusi filem Mantera tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment