Pada 6hb Julai 2011 Diha kehilangan seorang kawan . .
nama : Mohd Hanis bin Mohd Ali
umur : 18 tahun
pemergian arwah meninggalkan seribu satu kesan kepada keluarga , dan sahabat arwah . .
arwah meninggal akibat kemalangan motor bertembung motor . .
tepat pukul 9.45 pm arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di klinik Gemencheh . .
arwah juga adalah salah seorang ahli daripada Persatuan Akademik Sukan Pencak Silat . .
boleh dikatakan arwah adalah salah seorang jurulatih silat di area Kampung Asahan Gemencheh . .
Diha dapat tahu berita sedih tersebut pada pukul 11 malam pada tarikh tersebut . .
tercenggang Diha , apabila mendapat sms daripada Kak Fifi (kawan rapat arwah)
rasa macam mimpi pula ,
pada awalnya memang Diha tak percaya arwah sudah pergi . .
tetapi apabila Diha menelefon ketua silat Diha . .
beliau mengiyakan perkara tersebut . .
masa itu Diha memang tak tahan . .
Diha menangis sampai susah nak tidur .
banyak kenangan Diha bersama arwah . .
pada malam tersebut Diha asyik terkenang akan arwah . .
terlalu sukar untuk terima . .
keesokkan harinya (7hb Julai 2011)
Diha pulang ke Gemencheh untuk menziarahi jenazah arwah .
Alhamdullilah Diha tiba sebelum jenazah di kebumikan . .
sesungguhnya Diha memang ingin melihat muka arwah sebelum ditanamkan . .
sampai sahaja van jenazah arwah memasuki halaman rumahnya ,
Diha sudah menahan air mata supaya tidak mengalir .
dalam hati Diha berdoa supaya Allah menabahkan hati Diha . .
selepas itu jenazah arwah dipindahkan keatas tilam mengadap kiblat . .
awal-awal lagi Diha duduk dihadapan jenazah untuk melihat wajahnya . .
memang masa itu Diha tak dapat tahan sebak di dada . .
akhirnya air mata Diha mengalir jua . .
pekerja hospital tersebut membuka muka arwah . .
jujur , muka arwah kelihatan lain sekali . .
tidak sama akan muka yang asal , dan bahagian muka kiri arwah di baluti kapas .
tetapi bapa kepada arwah tersebut meminta pekerja itu untuk membuka balutan di muka arwah .
lalu pekerja itu menuruti perintah bapanya .
Subhanallah ! tak terkata Diha ketika itu .
apa entah lagi ahli keluarga arwah .
Diha tak dapat tahan air mata yang terus mengalir keluar . .
Diha terus keluar dari rumah arwah dan duduk dibawah khemah . .
hanya Allah sahaja yang tahu keadaan rumah arwah ketika itu . .
sewaktu arwah disembahyangkan . .
pelajar dari sekolah Maahad Ahmadi turut membantu .
alangkah baiknya pelajar sekolah tersebut .
Alhamdulillah
selepas itu , arwah di gerakkan ke kubur . .
Diha tidak ketinggalan . .
Diha ikut juga . .
setiba sahaja Diha di kubur , arwah sudah di tanam . .
cuaca ketika itu panas terik kemudian berubah menjadi mendung dan berangin . .
syukur Alhamdulillah Ya Allah :'(
selesai sahaja acara pengebumian arwah , Diha kembali ke rumah arwah untuk mengadakan tahlil . .
kasihan sekali ahli keluarga arwah . . terutama ibunya . .
sekarang , hanya ada memori bersama arwah . .
TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MEMBERI AKU SAHABAT SEBAIK ARWAH . .
semoga Engkau tempatkan ia dalam golongan orang yang beriman
Amin . .
arwah yang memakai jaket merah hitam . .
malam sebelum arwah meninggal . .
hanya kenangan :'(
*mohon para Readers turut sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah
Terima Kasih . .
alfatihah..
ReplyDeleteTerima Kasih . .
ReplyDelete