Friday, January 13, 2012

Memutuskan Silaturahim; Satu Dosa Besar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers =)
Harap Readers sihat selalu.
okey, entry Diha kali ini bertajuk
Memutuskan Silaturahim Satu Dosa Besar.
Diha mendapat info mengenai article ini daripada sahabat Diha . .
Diha tertarik pada article tersebut kerana ia mengenai DOSA mahupun PAHALA.
al maklumlah , kita ini manusia biasa yang tidak pernah lari daripada melakukan dosa.

sebelum Diha melanjutkan maklumat berikut,
adakah Readers tahu apakah itu SILATURAHIM ?

Silaturahim bermaksud
 menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang,
 mengeratkan kembali rasa kecintaan serta 
menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara,
 kerabat, teman dan sebagainya.

selanjutnya :
Membina dan mengeratkan silaturahim adalah
 merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam
 di mana Rasulullah s.a.w amat membenci 
golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan 
sesama manusia sebagaimana sabda 
baginda yang maksudnya:
” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan 
dengan saudaranya melebihi tiga hari.” 

Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar 
membawa maksud menyambung kembali ikatan
 persaudaraan yang telah retak atau memulihkan 
semula ketegangan dalam perhubungan malah ia 
membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina 
kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja 
menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

Biasanya punca permasalahan dan gejala
 keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran 
dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi 
kewajipan bagi seorang muslim yang lain
 mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke
 jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi,
 menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

 Seseorang yang sedang berada dalam suasana
 tegang (perselisihan faham) hendaklah 
membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta 
mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. 
Jangan bersikap sombong dan angkuh serta 
menganggap diri sentiasa benar atau betul
 kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan
 yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya 
boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan
 bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”


jadi barang sesiapa yang telah memutuskan silaturahim
dengan sesiapa sahaja , hendak lah menyambungkan ia kembali.
Anda tidak akan rugi apa-apa . .
tetapi jika anda memutuskan sesebuah hubungan , rugilah anda . . 
Diha mohon maaf jika Diha ada buat diantara Readers kecil hati 
atau Diha terkasar bahasa.
sesungguhnya , Diha manusia biasa yang tidak pernah lari melakukan kesilapan . . 
jika ada manusia yang memusuhi Diha, Diha minta maaf sangat-2
jika Diha ada membuat sebarang kesilapan . . 

-SEKIAN-


No comments:

Post a Comment