Thursday, April 21, 2011

Kongsi Bersama :)

Tokk Tokk Tokk ! !
Assalamualaikum !
*tak jawab dosaaa ~ hehehe
entry Diha kali ni ada kene mengena sikit pasal kesihatan . .
iaitu Pendakap Gigi atau lebih didengari sebagai Bracess .
Diha tulis post cam ni coz Diha pon pakai bracess ni . .
:D hehehe
oke oke . .
Pendakap gigi: Fesyen, kecantikan atau kesihatan? TENTU bertambah manis senyuman bila kita memiliki gigi yang putih tersusun cantik.
Lihatlah mereka yang memiliki gigi sebegitu, pasti berasa bangga untuk melemparkan senyum meleret. Bercerita mengenai gigi,
Diha mempunyai definisi tersendiri bila melihat seseorang yang memakai pendakap gigi
atau lebih dikenali sebagai braces. Entahlah, terasa sesiapa yang memakainya mempunyai `nilai’ istimewa yang tinggi.
Sebagai contoh, tentu si, pandai bergaya, bercita rasa tinggi dan semuanya yang indah-indah belaka. Tetapi, jika difikirkan kembali ada juga benarnya
. Ini kerana tidak semua orang mampu untuk memakai pendakap gigi disebabkan faktor kos pemasangan pendakap gigi serta penyelenggaraan sepanjang tempoh pemakaian yang agak tinggi. Dengan tempoh pemakaian antara enam bulan hingga enam tahun,
kosnya boleh mencecah hingga belasan ribu ringgit
seperti di Amerika Syarikat yang mencecah AS$5,000 atau RM17,670. Di sesetengah negara Eropah, rawatan pergigian tidak dikenakan kepada pesakit berusia 16 tahun ke bawah (atau untuk rawatan bermula pada usia 16 tahun, seperti di Ireland) kerana ia termasuk dalam rawatan percuma untuk menjamin kesihatan sempurna. Hakikatnya, memang kos memakai pendakap gigi agak tinggi dan ia lebih ditentukan oleh lokasi di mana rawatan dijalani sama ada hospital kerajaan atau klinik swasta. Seperti kata Pensyarah Ortodontik Fakulti Pergigian Universiti Malaya,
Dr Zamri Radzi, kos memasang pendakap gigi adalah sekitar RM1,500 jika menjalani rawatan di hospital kerajaan tetapi boleh mencecah hingga RM5,000 di klinik swasta. Berapa pun kosnya,
pemakaian pendakap gigi kini satu kebiasaan, seolah-olah satu trend,
ikutan, lebih-lebih lagi apabila semakin ramai selebriti tidak berselindung `
menayangkan’ barisan `besi’ di gigi mereka. Percaya atau tidak, jika dulu ada yang melihat mereka yang memakai pendakap ini `hodoh’,
tidak lagi sekarang
.
Malah, ramai yang beranggapan pendakap gigi itu membuatkan seseorang itu tampak lebih `comel’! Ibarat `perang’ fesyen
, penggayaan pendakap gigi semakin ketara di kalangan penggiat industri hiburan hingga
mendorong ramai untuk turut sama memakai pendakap gigi. Si pemakai terpaksa mengorbankan empat batang gigi geraham
semata-mata untuk mengusun kembali struktur gigi dengan pemakaian pendakap gigi. (Tapi Diha cabut 1 batang gigi aje) Mulanya dulu memang sakit dan terasa ketat sebab pendakap mencengkam pada gigi. Seminggu jugalah sakit tetapi dah lama rasa macam biasa. Sebulan tempoh pemakaian pendakap ini sudah nampak perubahannya . Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah gigi tidak teratur,
gigi jarang, jongang atau berlapis, apa tunggu lagi,
dapatkan rawatan segera supaya anda juga mampu senyum dengan bangganya.
Hasilkan barisan gigi cantik, sihat
JANGAN fikirkan trend semata-mata sebaliknya utamakan kebersihan dan ketelian ketika memakai pendakap gigi. Demikian pesan Pensyarah Ortodontik Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Dr Zamri Radzi. Sekalipun tidak menafikan peningkatan pemakai pendakap gigi mungkin disebabkan trend fesyen, Dr Zamri berkata, faktor utama memakai pendakap gigi adalah untuk `menghasilkan’ barisan gigi yang cantik dan sihat. “Gigi yang cantik dan sihat membolehkan seseorang itu lebih berkeyakinan dalam pergaulan.
Memakai pendakap gigi adalah satu alternatif terbaik untuk memberikan kelebihan ini. “Namun, memakai pendakap semata-mata tidak mencukupi.
Pemakainya perlu mengambil berat aspek penjagaan gigi dan kebersihan mulut untuk mendapatkan hasil terbaik dan mengelakkan keradangan yang serius,” katanya. Dr Zamri berkata, teknik memberus gigi, pemakanan dan minuman juga harus diberi perhatian sepanjang tempoh dua tahun memakai pendakap gigi.
Jelasnya, penggunaan pendakap gigi sangat diperlukan bagi mereka yang mempunyai gigi yang tidak teratur dan mempunyai ruang gigitan yang terbuka. Katanya, alat yang mencengkam itu juga sesuai digunakan jika mempunyai masalah gigi jongang, gigitan silang, gigitan terbuka dan gigitan terbalik. Melalui proses pemakaian pendakap gigi,
beliau berkata, gigi yang jarak dan tidak teratur dapat disusun semula di kedudukan yang sepatutnya. Mesti kowang berfikir bagaimana pendakap gigi berfungsikan ? ?
Gigi bergerak dan tersusun selepas diikat menggunakan pendakap gigi.
Ia akan bergerak sedikit demi sedikit melalui pergerakan pada gusi
mengikut acuan yang sudah ditetapkan pada pendakap. Gigi yang tidak teratur akan mula bergerak mengikut jajaran
yang sudah diperbetulkan setiap satu milimeter (mm) setiap bulan. Tahap terbentuk dan rata batang gigi bergantung kepada kedudukan asal gigi.
INFO: Pendakap gigi atau nama saintifiknya,
orthodontic braces atau brackets digunakan dalam bidang pergigian untuk membantu membentuk semula permukaan gigi yang tidak rata.
*Sekian , tamatlah sudah coretan Diha dalam blog ini . .
:)

2 comments:

  1. Wawa nak pakai 'PAGAR' kerr???
    Jangan laaaa......
    Xcutee daaa~~~
    =b

    ReplyDelete
  2. hey hey ! Wawa memang pakai da pon :P hehe
    xprasan kerr ?

    ReplyDelete