Monday, August 15, 2011

NIK AZIZ MELARANG PEMBACA AL-QURAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA

Assalamualaikum Readers . . 

HAH ! nampak tak title Diha tu ?
yaa , melibatkan politik .
actually Diha tak berapa suka sangat dengan politik ni .
Al-maklumlah , budak sekolah yang baru nak meningkat dewasa , mana lah tahu sangat hal-hal dunia ni .
tapi dalam subjek sejarah tingkatan 5 ada belajar .
so , rasanya tak salah if Diha nak mengolah lebih mengenai politik yang sedia ada di negara kita .

tadi dekat sekolah , time cikgu tak masuk kelas .,
Diha dan kawan Diha baca surat khabar .
nampak pulak dekat muka surat depan :
DILARANG MEMBACA AL-QURAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA
terkejut Diha,dan tanpa lengahkan masa , Diha buka la laman muka surat tersebut .
patah demi patah perkataan Diha teliti apa yang Nik Aziz ni katakan . ,
tersebut adalah info yang Diha peroleh :


Apakah perkara yang sama juga dilakukan di Kelantan dengan pembacaan Al-Quran dan laungan azan dan iqamat tidak dibenarkan dilakukan secara kuat dan nyaring? Mungkin inilah yang diambil kerajaan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Pembangkang yang diterajui DAP yang ‘mengharamkan’ laungan pembacaan Al-Quran dan laungan azan secara kuat dan nyaring.

Kontroversi timbul apabila Kerajaan Pulau Pinang melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan masjid dan surau menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri itu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan amalan membaca Al-Quran dan melaungkan azan dan iqamat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu serta membawa masalah kepada orang lain. Perkara itu tidak boleh dilakukan sekiranya mendapat sungutan daripada orang yang sedang sakit, budak kecil atau orang bukan Islam yang tidak boleh tidur.


‘‘Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit”.

“Kita bang (laungkan azan) atau baca al-Quran kalau menyusahkan orang sakit atau budak kecil menangis terkejut memang tidak boleh. Memang Islam cukup baik dan cukup sederhana”.

Manakala, di Pulau Pinang keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara di masjid dan surau dipersoalkan sama ada mengikut prosedur betul atau sebaliknya.


Ini berikutan pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bertarikh 3 Ogos lalu mengenai larangan itu tidak dinyatakan bahawa fatwa dikeluarkan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Pulau Pinang.

Penulis blog http://novandri.blogspot.com, mengikut Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004, sebelum sesuatu fatwa diwartakan, Jawatankuasa Fatwa Negeri mesti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu

"Bagaimanapun, jika kita merujuk surat pekeliling dan enakmen itu, ternyata keputusan JHEAIPP tidak ikut prosedur betul.

"Persoalannya, apakah Jawatankuasa Fatwa Negeri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum mewartakan fatwa kontroversi ini?

"Jika merujuk surat pekeliling, tiada klausa yang mengatakan bahawa pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong," jelas blog itu.

Kata blog itu lagi, jika mendapat perkenan baginda, Majlis Fatwa Negeri hendaklah memaklumkan kepada kerajaan negeri sebelum disiarkan dalam warta.

Bagaimanapun, ujarnya, Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim menafikan tahu tentang fatwa tersebut.

"Malah, yang menghairankan adalah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa pembacaan tidak dilarang untuk memasang pita rakaman bacaan ayat suci al-Quran selagi tidak mengganggu orang yang sedang melakukan ibadah," katanya.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca Al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak.



*Diha sendiri pening akan apa yang menimpa negara kita sekarang . 
memang ramai yang tidak bersetuju dalam hal yang demikian . 
jadi apa boleh kita lakukan ?
duduk diam ? memberontak ?
Allahuakhbar , hanya Allah yang berkuasa membalas mereka . . 

No comments:

Post a Comment